Saturday, November 23, 2013

Hari Pertama.

Hari pertama bagi status baru bermula…
Memang rasa berat sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya. Jauh disudut hati, sedih tu masih lagi ada, tapi aku hadapi dengan tabah.
Pagi ini, aku bangun dan bersiap untuk pergi mengambil si dia dan bawak kelas seperti mana yang dijanjikan pada hari sebelumya.
Dia nampak macam biasa, seperti dia mampu sembunyikan perasaan dia, tidak mengapa, saya kenal awak.
Hari ini, aku jalani seperti biasa, seperti hari hari sebelumnya, dimana aku tidak mahu tunjukkan yang aku sedih sebab pada aku, ini adalah petunjuk terbaik untuk kami. Allah mengetahui segalanya lebih dari kami. Dan aku tidak mahu aku jadi begini sebab cinta, kerana aku ikhlas jadi seperti ini.
Hari ini, aku ubah penampilan rambut supaya aku mampu membuat dia tersenyum dengan perubahan aku yang pertama dan ternyata ia berjaya dimana dia mesej kepadaku tentang rambut dan dihujung mesejnya terdapat satu smiley senyum menandakan dia suka .
Kini, aku harus teruskan misi aku, jangan terleka mahupun lena.

kepada awak, saya nak bagitahu yang saya akan rindu awak.  

No comments:

Post a Comment