Saturday, November 23, 2013

Hari Pertama.

Hari pertama bagi status baru bermula…
Memang rasa berat sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya. Jauh disudut hati, sedih tu masih lagi ada, tapi aku hadapi dengan tabah.
Pagi ini, aku bangun dan bersiap untuk pergi mengambil si dia dan bawak kelas seperti mana yang dijanjikan pada hari sebelumya.
Dia nampak macam biasa, seperti dia mampu sembunyikan perasaan dia, tidak mengapa, saya kenal awak.
Hari ini, aku jalani seperti biasa, seperti hari hari sebelumnya, dimana aku tidak mahu tunjukkan yang aku sedih sebab pada aku, ini adalah petunjuk terbaik untuk kami. Allah mengetahui segalanya lebih dari kami. Dan aku tidak mahu aku jadi begini sebab cinta, kerana aku ikhlas jadi seperti ini.
Hari ini, aku ubah penampilan rambut supaya aku mampu membuat dia tersenyum dengan perubahan aku yang pertama dan ternyata ia berjaya dimana dia mesej kepadaku tentang rambut dan dihujung mesejnya terdapat satu smiley senyum menandakan dia suka .
Kini, aku harus teruskan misi aku, jangan terleka mahupun lena.

kepada awak, saya nak bagitahu yang saya akan rindu awak.  

Friday, November 22, 2013

Misi 3.70

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, aku berserah kepadamu, aku ingin menjadi hamba-Mu yang taat pada perintah-Mu dan meninggalkan segala larangan-Mu.
Aku ingin menjadi seorang hamba yang sentiasa dekat dengan-Mu, selama ini aku cuai, aku alpa, aku hanyut dengan duniawi.

Hari ini, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang bujang.
kenapa bujang?
sebab aku yang cari pasal.
berapa lama bujang?
sehingga aku mampu buktikan apa yang dia mahu.
kau tak sedih?
ya, aku sedih tapi aku tak boleh terus bersedih.
risau?
aku rasa aku tak perlu risau, semua ni kuasa Allah. Aku pasti ada hikmah disebalik semua ni.
Lagipun dia buat semua ni utk kebaikan bersama.
Jika tidak, sampai bila pun aku takkan sedar, aku akan terus leka dibuai mimpi indah.

Coretan yang panjang takde makna if tanpa usaha and today, i will start.
23 November mnjadi saksi. Goodluck to myself !